Saturday, 11 February 2017

Kad Debit ~ Keperluan Untuk FB Ads

Ramai yang masih tak tahu yang kebanyakan kad ATM yang anda gunakan adalah kad debit dengan syarat terdapat logo VISA atau MASTERCARD pada bahagian depan kad anda. Walaubagaimanapun, sebelum menggunakan kad debit, anda perlu memastikan yang kad tersebut menyokong (1) Pembayaran online, (2) pembayaran luar negara. Senang citer, pembayaran online luar negara. Camne nak tau? Anda perlu hubungi pihak bank. Cara penggunaan kad debit sama sahaja dengan kad kredit. Yang membezakannya ialah, kad kredit guna dulu baru bayar. Manakalah kad debit, anda perlu memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Saya sering menggunakan kad debit maybank saya untuk pembelian online atau offline. Ini kerana, maybank menyediakan Reward Points bagi setiap transaksi kad debit yang berjaya. Point ini bila dah banyak, boleh ditukar kepada voucher membeli belah samaada Mydin ke Tesco ke Parkson ke voucher minyak ke dan lain2. ~ Ada kawan saya layak menebus voucher shopping lebih RM5,000 hasil menebus reward point

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



No comments:

Post a Comment