Tuesday, 31 January 2017

Nak bisnes di fb? Ada cara free dan ada cara berbayar..

Nak cara free kene branding diri sendiri... Ambil masa tapi berbaloi untuk jangka masa panjang... Kalau nak cepat, kene ade page dan kene gune fb ads... Fb ads ni adalah tools pemasaran untuk siarkan iklan anda kepada beribu2 pengguna fb... Susah ke senang nak belajar fb ads? Ada beratus ratus ilmu fb ads percuma kat google dan youtube...

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



Yeah, ianya benar...



@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



Tool marketing begitu penting dalam memasarkan sesuatu produk /perkhidmatan

Yg penting jangan kedekutkan wang anda dlm berbelanja untuk marketing. :)

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"


Assalammualaikum....



@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"




Sunday, 29 January 2017

Strategy...



@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



Ada org bertanya tentang kenapa fb ads akaun kena banned? Byk sebb boleh berlaku

Antara sebbnya: 1. Fb Ads anda baru disebbkn fb profile anda juga baru dibuat. 2. Add rakan fb dalam satu hari sehingga 200 org. 3. Buat akaun fb baru setelah akaun lama dibanned. Masih lagi guna kad kredit/debit yg sama.

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



Saturday, 28 January 2017

Pembinaan nama fan page yang unik dan SEO friendly adalah amat penting untuk iklan fesbuk

Nama yang general dan tidak spesifik kepada produk dan perkhidmatan akan mengurangkan visibility iklan dalam fesbuk. So research dulu dengan lebih teliti untuk nama fan page anda. Penting tu!

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



Basically, apa yg perlu anda ada untuk buat iklan FB? Sudah tentu, gambar dan teks iklan yg berpengaruh untuk convert sales

Tanpa gambar dan teks, iklan anda nampak lesu dan bisu.

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



Jangan lupa 'LIKE' fan page kami untuk berita2 terkini mengenai Fb Ads Marketing

See Ya!!

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



YOU are the CHANGER!!!



@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



Friday, 27 January 2017

Tips Audiences: Biasanya kesalahan yg paling ketara kpd mereka yg ber'internet marketing' melalui fb adalah "AUDIENCES"

Audiences yg mereka letak x sesuai dan x berkaitan dgn produk/perkhidmatan. Ya memang betul untuk diversify kan kita punya customer yg berbeza, kita letak pun yg kurg berkaitan atau x berkaitan langsung!. Tp selalunya kita akan temui kegagalan atau plg tidak pun kos iklan semakin mahal dan x convert sales. Ape yg perlu anda buat? Buat checklist untuk senarai dibawah: ☑ Kenal pasti produk anda dari kategori dan sub kategori apa. Cth: Jual produk kesihatan. Kategorinya ialah health & beauty. Sub kategori, kena tgk produk untuk ape? Kulit cantik, jerawat, memutihkan kulit atau ape2 yg berkaitan. ☑ Pastikan anda fokus pd kelebihan produk yg memberi kesan sgt banyak pada pengguna. Cth: Mencegah jerawat. Oleh itu anda fokus pd org yg bermasalah dgn kulit dan lebih tepat org yg ada masalah dgn jerawat. Kelebihan yg lain boleh menyusul sedikit demi sedikit. Buat satu2 dulu. Tgk mane yg berkesan. ☑ Fokus pada tempat yg sesuai dan berhampiran anda terlebih dahulu. Mudah nak berurusan. Bila dah build customer di kawasan dkt...majukan pula iklan kepada yg jauh sedikit. ☑ Sekiranya anda fokus pd sales, sila pilih audiences yg lebih kecil dahulu, jgn terlampau besar audiences. Klu nak buat 'branding' nak kenalkan produk, boleh buat audiences yg lebih besar sket. Jgn berjuta2 lemon plak....hehehe Selepas dh tahu ape audiences anda, dah kenal pasti kategori dan sub kategori, lokasi dan bilangan audiences baru anda buat iklan. Semoga dapat membantu.

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



Bisnes ni kena komited

Kena ade sentiasa idea kreatif nak berbisnes. . Biarpun kecil-kecilan tapi konsisten. Biarpun x kaya tapi hutang tade. Biarpun org nak kata, die x rase. Biarpun segala mcm yg dtg, telan je. . Sabar itu Ins Shaa Allah akan berbaloi. Niat biar betui baru jalan die jadi sempoi!

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



Bila kite citer pasal bisnes walau untung RM10 pun ianya tetap dikira untung

Daripada RM10 ia akan jadi 20, 30, 40 dan seterusnya. Bg saya, x perlu pun tgk untung orang lain bape dier dapat... tapi cuba pecahkan rekod keuntungan yang anda dapat pada hari ini. Kalau hari ini untung RM10. Esok cuba plak buat keuntungan RM20. Dan buat mcm ni sampai anda pengsan. Pecahkan rekod keuntungan sendiri lebih baik daripada lihat keuntungan orang lain. Sekian. Wallahualam.

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



💰💰 TIP NIAGA YANG SANGAT CLICHE :) 💰💰

Jangan mula berbisnes dengan berhutang!. . Ayat ni memg cliche tapi memang BETUL! Mulanya saya berbisnes memang menggunakan duit poket sendiri. Tak berhutang. Saya tak payah pikir pasal nak bayar hutang. Semua untung memang terus masuk kedalam akaun. . Orang yang berhutang akan pening nak uruskan hutang. Untungnya banyak tapi sebahagian besar habisnya pada HUTANG. . Kalau untung sikit tapi tak perlu bayar hutang, kan UNTUNG tu! Lagi untung daripada orang yang banyak hutang. . Semoga anda tidak berhutang!

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



Thursday, 26 January 2017

Customers is your products...



@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



✏✏TIP HEADLINE 🆒

Nak tulis headline memang perkara paling kritikal. Sebab 80% kejayaan sesuatu produk @ servis bergantung pada headline. . Ya, 80%, tinggi tu!!! . Headline yang catchy boleh 'memukau' si pembacanya. . Headline macam, . "SILA JANGAN BACA NI, KALAU ANDA MAHU RUGI" . "BAHAYA! KALAU ANDA GUNA PRODUK NI" . Contoh headline yang sarkastik atau berbentuk amaran, tetapi boleh menangkap perhatian bagi yang membacanya. . Anda boleh jadi kreatif kalau anda selalu membaca. Cuba baca akhbar² tabloid, sepertu Harian Metro atau Kosmo. . Dalam tu anda boleh dapat idea cipta headline yang boleh 'memukau' si pembacanya. . Sebab copywriter akhbar tu hebat² sebab tu akhbar mereka laris... semuanya sebab headline mereka lah! . Selamat membaca! .

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



Wednesday, 25 January 2017

REVENGE...

REVENGE...

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



COURAGE...

COURAGE...

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



PERINGATAN: NIAGA DI FB PUN ADA ORANG DENGKI Ya, berbisnes di FB ni pun memang ada juga orang yang dengki dengan kita

Bisnes kita maju, ada saja orang yang dengki. Especially jika kita jual produk yang sama dengan orang lain. Atau kata mudahnya, AGEN JUALAN.Tak kira produk MLM, atau kita sebagai stokis, agen dropship dsbnya... Jom lihat kes-kes yang pernah berlaku: 1) CURI! Orang lihat kita berjaya buat sales banyak, orang akan TIRU cara pemasaran kita. Orang curi gambar marketing kita, orang tiru ayat marketing kita, malah ada juga orang curi senarai pelanggan kita (biasanya nama dan tracking no Pos laju). Mereka claim tu adalah senarai pembeli mereka. Ada juga yang curi testimonial kita..Macam-macam. 2) HIJACK! Orang yang dengki akan masuk ke fanpage kita, dan mereka terus promosikan produk mereka kepada prospek pelanggan kita dengan tawarkan harga yang lebih rendah...Biasanya, mereka akan post di ruangan komen, di ruangan post, atau mereka akan PM prospek-prospek kita. 3) FITNAH. Ya, ada juga yang fitnah bisnes kita. Mereka fitnah di page mereka, fitnah di wall mereka. Ada juga yang mereka-reka cerita palsu yang memburukkan bisnes kita di mata umum. 4) PROVOK! Mereka masuk di page kita, dan kutuk produk kita di ruangan komen. Mereka cakap kita tak bagus, produk tak sampai, mahal, dan sebagainya. TUjuannya supaya orang lain terpengaruh dengan agenda mereka, dan seterusnya menghilangkan atau mengurangkan niat untuk membeli produk kita. 5) HACK! Mereka hack fanpage kita, dan mereka delete fanpage kita selama-lamanya. Fanpage kita yang dah berpuluh ribu LIKE, sales 5 angka sebulan, di hack, dan mereka delete terus page kita. Sangat KEJAM. Boleh diibaratkan melancarkan serangan nuclear pada page kita. Hancur terus page kita! 6) PERANG HARGA! Mereka mula memainkan harga Turunkan harga serendah yang boleh, dengan harapan ramai orang membeli dengan mereka. Secara automatik menimbulkan konflik harga kepada audiens/prospek kita. Itulah antara sebahagian kes yang berlaku di pasaran Malaysia. Puncanya adalah.... PERASAAN HASAD DENGKI... Mereka tak boleh lihat orang lain berjaya. Tak mau orang lebih dari mereka. Kalau boleh SIHIR di dunia online ni, diorang dah sihir dah kita. Jadi - apa yang kita nak buat? 1) Jangan bergantung kepada satu medium marketing sahaja. Yang terbaik, simpan database pelanggan, prospek. Email marketing salah satu cara terbaik. GUnakan juga blog, minisite, web untuk backup 2) Jika boleh, jangan dedahkan income kita kepada umum. Ini berpotensi untuk menarik "musuh" kita dan mula buat dengki dengan kita. 3) Kalau dapat asingkan profile kita dengan page kita, juga bagus. Elakkan musuh tahu siapa pemilik page. Orang yang HACK dapat HACK ke page kita, sebab dia tahu siapa owner page tu. 4) Tingkatkan ilmu dan usaha marketing kita. Bila orang dengki, main harga, provok dsbnya, ilmu dan usaha pemasaran kita akan membantu. Orang guna tektik kotor, kita gandakan pemasaran kita. Apabila pemasaran kita di tahap terbaik, di tahap tertinggi, orang yang dengki ni berpotensi untuk mengalah. 5) BERDOA..Berdoa kepada ALLAH. Tawakkal. Berdoa supay a dihindari dari perasaan hasad dengki manusia. Dan juga sentiasa tenang . ALLAH YANG MENENTUKAN REZEKI KITA, BUKANNYA MUSUH KITA. Jika berlaku kes-kes seperti di atas, anggap ianya ujian ALLAH untuk kita untuk memperbaiki diri. Jangan lupa sedekah, zakat, korban. Ini mampu membantu bisnes kita. Sekian saja dari saya:-) Jemput SHARE jika ianya bermanfaat untuk diri sendiri dan juga kenalan anda. PS - saja share, sebab saya sendiri, anak buah saya , rakan saya, ada yang kena hasil dari sikap HASAD DENGKI orang ni:-)

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



Facebook TIDAK Sesuai Untuk Semua Orang ? Masa saya mula-mula gunakan Facebook, ia cuma utk bersuka-ria

Lama-lama, dengan jutaan pengguna dan purata 30 minit sehari setiap orang login ke Facebook, saya nampak potensi Facebook sebagai alat pemasaran Tapi…. Saya cuba jual pelbagai jenis produk dan perkhidmatan yang berbeza. Ada yang sangat lumayan sehingga ribuan ringgit dalam beberapa hari. Ada yang tak dapat jual langsung. Adakah ia sesuai untuk anda? Ini adalah hasil dari kajian saya: ✔ Produk atau perkhidmatan B2B (business to business) tidak sesuai. Contohnya jika anda supply peralatan pejabat atau alat tulis – ia tidak berapa sesuai. Kecuali, jika anda pemborong produk runcit seperti beg tangan, tudung, makanan – dengan targeting yang sesuai – sambutan sangat menggalakkan Barangan yang berkaitan dengan perkahwinan - sambutan menggalakkan ✔ Perkhidmatan kursus, training, consulting – sambutan menggalakkan ✔ Produk B2C (business to customer) atau produk runcit sangat sesuai (baju, tudung, kasut, barangan kecantikan, hadiah, makanan, barangan kesihatan). Namun mesti ada ‘trick’ di sini. Produk-produk begini mesti ada kelainan dari apa yang boleh didapati di kedai-kedai. . Jika baran tidak dijual di kedai-kedai lagi bagus, kerana pembeli tiada pilihan lain untuk membeli kecuali dari anda. Atau, produk tersebut boleh diubah (samada bentuk produk, atau tawaran pada produk) supaya ia sangat unik, dan tidak boleh didapati di tempat lain. ✔ Agen jualan – agen insurans, unit trust, produk MLM – untuk mengumpul leads sangat sesuai dan berkesan. TAPI, memerlukan pengalaman anda sebagai agen yang bertanggungjawab utk ‘close sales’. Apakah perniagaan anda? Atau jika belum berniaga, apa yang anda minat utk niagakan? Jom kita bincang di sini… ~credit Faisal Abdullah~

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



Tuesday, 24 January 2017

Power Editor, mungkin anda pernah dengar atau pun belum pernah mendengarnya

Power Editor – suatu alternatif dalam pembinaan/pengurusan iklan FB, Facebook Advertising. Boleh dikatakan, power editor ini adalah khas untuk mereka yang advanced dalam FB Ads marketing. Tapi, tak semestinya jika anda masih baru dengan FB Ads, anda tidak boleh gunakannya. Sebelum anda pergi detail dengan power editor ini, apa kata anda lihat dulu 6 sebab kenapa anda perlu gunakan Power Editor. Dengan power editor, anda boleh; ✎ Menyasarkan iklan anda kepada audiens mengikut lokasi (placement) yang anda mahukan. Anda boleh pilih samada iklan anda dipaparkan di newsfeed mobile, newsfeed desktop ataupun di sidebar desktop. ✎ Memilih jenis caj bagi iklan promoted post pada newsfeed mobile dan newsfeed desktop samada bid CPM, bid CPC amhupun autoCPM. Jika gunakan akaun fb ads biasa, anda hanya boleh gunakan autoCPM sahaja bagi iklan jenis ini (merujuk kepada boost post) ✎ Memilih sasaran audiens yang lebih spesifik, terutamanya berdasarkan precise interest bagi iklan promoted post yang muncul di newsfeed. Jika guna fb ads biasa, pemilihan audiens adalah terhad. ✎ Penggunaan custom audiens, lookalike audiens, saved audiens (ni memang advanced, tapi saya tak dapat nak share dalam artikel ni). Ini antara teknik-teknik penggunaan targetted audiens. ✎ Membina unpublished post atau dark post, yang mana iklan promoted post ni hanya muncul di newsfeed/sidebar audiens, tapi tiada di fanpage anda. ✎ Membina promoted post iklan bagi post lama dengan menggunakan id post tersebut. Ada post lama yang mantop-mantop, anda boleh ambil id nya dan gunakan dalam power editor. Ada banyak lagi kelebihan menggunakan Power Editor ni, tapi yang disenaraikan di atas ni pun dah terbaik.
@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



Monday, 23 January 2017

Content adalah kata ganti untuk maklumat

Strategi pemasaran ini adalah strategi yang menjual maklumat kepada pelanggan, sebelum menjual produk. Objektif lazim content marketing adalah membina kepercayaan dan keyakinan pelanggan. Untuk bisnes yang berimpian mahu mempunyai "puak pelanggan" yang obses dengan bisnes mereka, jalan terbaik adalah menggunakan content marketing. Content-content yang pelanggan suka dengar adalah: 1) Maklumat baru. 2) Kajian terkini. 3) Method yang segar untuk selesaikan masalah spesifik. ~Aqif Azizan~

@ezfesbuk​
" FBFanpage&Instagram Manager Service"


Ketahui betapa pentingnya untuk sesuatu ads tu berjalan dengan laju ...



@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



> Ketahuinya DI SINI ..

Nak tahu bagaimana untuk selesaikan masalah ads slow ni ?? Komen "NAK TAHU" di bawah ni dan saya akan kongsikan bagaimana anda dapat lajukan ads anda. LIKE dan SHARE kalau bermanfaat ek

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



Sunday, 22 January 2017

GAGAL MENJUAL DI FB, SALAH SATU SEBABNYA - PRODUK! Kita menjual di FB, dah buat macam-macam cara, marketing yang bagus, copywriting power, gambar menarik perhatian, trafik tinggi, dah tiru cara orang berjaya buat, ikut panduan sana, ikut panduan sini, tapi masih susah nak dapat pembeli ? APA NAK BUAT ? Kita patut lihat balik asas yang utama.

ADAKAH PRODUK KITA ADA PERMINTAAN ? Sedikit tips.. 1) Lihat carian produk di online - forum, blog, google dll. Lihat ada orang lain jual tak? Contohnya anda jual JAM HIASAN DINDING ISLAMIK. Anda cuba lihat di internet ada tak orang mencari produk seumpama produk anda. Anda boleh gunakan keyword-keyword yang relevan dengan produk anda. 2) Lihat carian produk offline - ada banyak jual offline ke tak ? Kalau tiada, cuba lihat isu/masalah yang berkaitan produk tu..Contohnya, ubat kuat. Anda tahu produk ni semua orang cari (boleh lihat di pasar malam,), tapi di online tiada orang jual. Di situ ada permintaan! Kalau anda jual produk yang di dunia offline sangat mudah didapati, sukar anda untuk menjualnya di internet. Contohnya - anda menjual gula-gula kapas di FB. (kat mana2 boleh jumpa gula2 ni) 3) Adakah produk kita menyelesaikan masalah orang, atau mampu memenuhi kehendak/impian orang ? Orang membeli kerana ingin selesaikan masalah mereka. Adakah produk kita ni memang bantu selesaikan masalah mereka? Dan bagaimana produk kita bantu selesaikan masalah mereka? ~ Jamal FBAds ~

@ezfesbuk​
" FBFanpage&Instagram Manager Service"


TIPS CARA MEMBINA PROSPEK Ini merupakan di antara perkara pertama yang kita lakukan sebelum kita melakukan "engagement" agar prospek kita menjadi pelanggan

1. Like/fans -Dengan menggunakan facebook kita dapatkan like/fans/follower untuk page kita. Berbagai cara boleh digunakan termasuk dengan fb ads. 2. Mailing List -Dapatkan nama dan email...! Samada tawarkan hadiah atau diskaun asalkan mereka yang kita target jadi prospek meninggalkan nama dan email kepadda kita. 3. Blog follower -Ini bagi mereka yang mempunyai blog. Dapatkan follower untuk blog kita. Kongsikan artikel atau sebarang perkongsian yang menarik dan membuatkan orang minat untuk membacanya. 4. Phone Number - Ini juga boleh dikatakan trend sekarang ini orang ramai sudah mula mengumpul database nombor telefon. Ditambah pula dengan berbagai sistem yang bagus kita banyak ditawarkan.

@ezfesbuk​
" FBFanpage&Instagram Manager Service"


Kontroversi sedikit

Ramai yang ingat, copywriting itu adalah seni tulis ayat-ayat: + Hype. + Gempak. + Bombastik. Sebenarnya, TIDAK. ... Teruskan bacaan. ;) Khas untuk menjual di Facebook. Tanpa perlu ayat "gempak". Show don't tell adalah teknik yang dapat mempengaruhi minda pelanggan di Facebook, tanpa perlu paksa mereka. Kaedah ini berkesan dari sudut psikologi mendorong dan mempengaruhi seseorang. ========== 4 Prinsip Show Don't Tell ========== Antara prinsip-prinsip show don't tell adalah: + Tidak beritahu orang lain apa yang perlu mereka buat. + Tidak perlu cakap mereka salah. + Kita buat dan tunjukkan hasilnya. + Orang lain terdorong dengan perbuatan kita. Perkataan "show" merujuk pada hasil yang diperoleh. Contohnya, kita mahu pelanggan masuk ke seminar Facebook marketing. ========== Contoh Ayat Show Don't Tell ========== Kita boleh pilih dua opsyen untuk tulis ayat promosi. -->> Opsyen 01: Sertailah seminar ini! Seminar ini bagus! -->> Opsyen 02: Seorang usahawan bernama Ali gunakan 1 daripada 10 teknik yang bakal diajar dalam seminar ini. Hasilnya beliau berjaya jual 1,000 helai baju kurung di Facebook. ## Opsyen kedua menggunakan kaedah "show don't tell." =============== (... Lagi?) Teknik Show Don't Tell Tingkatkan Jualan Di Facebook =============== "Kuasai teknik content marketing berkesan di Facebook, supaya tingkatkan jualan bisnes tanpa perlu guna Facebook Ads." Dalam erti kata lain, pemilik Facebook akan: + Tahu bagaimana hasilkan kempen content marketing yang terbukti berkesan. + Faham bagaimana content marketing boleh jimatkan kos iklan. + Belajar cara untuk hasilkan iklan versi mesra-pelanggan. "Content marketing telah membawa pulangan sebanyak USD5 juta ekstra pada bisnes kami." - Brian Clark, pengasas Copyblogger.

@ezfesbuk​
" FBFanpage&Instagram Manager Service"


TUJUH CARA UNTUK MENGOPTIMUMKAN FACEBOOK FAN PAGE DENGAN SEO (Search Engine Optimization) #1 - Pilih nama yang terbaik untuk laman peminat Facebook anda Perkataan pertama dalam NAMA FAN PAGE anda akan mendapat keutamaan dalam carian SEO dengan Google

#2 - Gunakan custom Fan page link URL Selepas Fan Page anda mempunyai 25 Likes, Facebook akan memberikan anda keupayaan untuk mencipta URL yang unik fan page anda. Oleh kerana URL adalah sangat mesra SEO, ia adalah penting URL Fan Page anda mencerminkan satu aspek perniagaan anda. #3 - Gunakan "keywords" Di Tempat Yang Betul Gunakan Keyword yang berkaitan di tempat-tempat berikut a) Fan Page Name - Tajuk SEO b) Description - Meta Tag Jika anda menjual produk Baju Kurung, --> Tajuk SEO (eg Baju Kurung 2013, Baju Kurung Cun) --> Meta Tag (eg Baju, Kurung, Cotton, Chiffon) #4 - Masukkan Phone & Alamat Jika anda berniaga dan ada kedai fizikal, adalah penting untuk isikan alamat anda sekali. Sekiranya anda tinggal di Ampang dan menjual baju kurung, apabila prospek search di Internet keyword-keyword berikut (eg Baju Kurung, Ampang), maka link anda akan tersenerai kerana mempunyai meta tag & SEO yang sama dengan carian prospek tadi. #5 - Backlink kepada Fan Page URL Hebahkan link URL anda pada mana-mana blog, twiter, instangram atau mana-mana website/blog. Kekerapan pengunjung klik link url anda dari website, blog atau mana-mana digital medium akan meningkatkan ranking URL fan page anda di Google. #6 - Facebook Fan Page Status Updates First 18 characters dalam mana-mana post yang anda lakukan akan dibaca oleh SEO dan dikira sebagai 'Meta Tag'. Pastikan anda menggunakan "keywords'" yang berkaitan dalam ayat anda untuk 18 huruf yang pertama. #7 - Facebook Notes / Tab Tab juga membantu dalam menaikkan rangking SEO di Google. SEO Title - Tajuk Notes (tab) anda Gunakan applikasi WEEBOX atai iFrame untuk membina tab baru (eg Info Product, Ciri-Ciri, etc) Harap bermanfaat dan tolong LIKE & SHARE kalau ianya membantu

@ezfesbuk​
" FBFanpage&Instagram Manager Service"

2 3 4 5 6 7


Saturday, 21 January 2017

Write your message here

#sunday

TIPS IKLAN LIKE SIDEBAR! Iklan sidebar, bagi tujuan kumpul like, masih lagi merupakan jenis iklan yang menyumbang jumlah LIKE yang besar untuk sesuatu fanpage

Ianya PANTAS, MURAH, dan HIGH CONVERSION (LIKE) Ikuti tips-tips berikut jika anda ingin bina iklan like sidebar. 1) HANYA GUNA CPC ATAU OCPM SAHAJA! Jika guna OCPM, pastikan mulakan dengan bajet rendah saja. BID CPM DILARANG SAMA SEKALI.. 2) Buat iklan yang relevan dengan page, relevan dengan produk dijual. Gambar perlu relevan! 3) Pastikan ayat iklan mudah, pendek, dan ada call to action (arahan suruh orang like) 4) Apabila iklan dah berjalan, lihat berapa COST PER PAGE LIKE yang diperolehi. Jika anda dapat Rm0.15 ke bawah, itu terbaik... 5) Dapatkan conversion like yang melebihi 70% jika boleh! Contohnya iklan anda terdapat 1000 klik. Dan like yang diperolehi adalah 700 like.. 6) Jika ada landing tab, letakkan juga arahan untuk like fanpage! 2 kali audiens akan jumpa arahan suruh LIKE! Selamat beramal... Contoh lihat image disertakan! Iklan like sidebar...kos per like yang diperolehi 0.07MYR.... PS - topik akan datang..iklan like di newsfeed pula.. ~Perkongsian dari Tuan Jamal

@ezfesbuk​
" FBFanpage&Instagram Manager Service"


Friday, 20 January 2017

9 Sebab Kenapa Tiada Pembeli Di Fanpage Inilah rungutan yang biasa terima melalui emel, blog, fanpage

Fanpage susah nak buat sales! Tiada orang membeli. Berdasarkan kajian dan pemerhatian saya terhadap beberapa buah fanpage, saya dapati kebanyakan fanpage memiliki kesilapan yang sama. Di bawah, saya kongsikan 9 sebab kenapa fanpage anda tiada pembeli. #1 : Menjual Produk Yang Berasingan Dalam Satu Fanpage Saya dapati, kebanyakan produk yang menjual lebih dari satu jenis produk (niche berbeza) di fanpage yang sama, kurang efektif untuk dapatkan jualan. Ada fanpage jual produk jam tangan, tapi turut menjual baju! Ini membuatkan prospek atau audiens menjadi keliru, dan melihat kedai anda seperti “asal boleh jual aje”. Usah begitu..Fokus jual 1 produk di 1 fanpage. (kalau pakaian, jual pakaian berbeza design, tiada masalah. Jual bermacam-macam buku resepi dalam satu fanpage, tiada masalah) #2 : Membuat Post Caca Marba Post caca marba? Apa maksudnya? Ramai orang mencampurkan post-post yang kurang berkaitan dalam fanpage menjual produk. Fanpage jual produk kecantikan, tapi post tips motivasi yang tak berkaitan, tips islamik yang tiada kaitan dengan niche produk, post gambar kelakar, dan sebagainya. Bukannya tak boleh buat, tapi perlulah benar-benar berkaitan dengan tema fanpage. Jika kita buat post yang caca marba ini, audiens kurang jelas dengan apa tujuan fanpage kita, dan apa yang kita jual. #3 : Tak Buat atau tak Tahu Page Post Ads Ya, inilah yang paling ramai tak buat! Page Post Ads tidak dibuat! Kebanyakan buat ads jenis new ads sahaja. Setiap ads ada objektifnya. Ada ads yang sesuai untuk dapatkan LIKE, ada ads khas untuk dapatkan jualan. Ads yang paling sesuai untuk menjual adalah jenis page post ads. Tak tahu apa itu page post ads? Baca sini . #4 : Cara Pembelian Tiada atau Kurang Jelas Ini satu lagi yang jadi masalah! Di fanpage, tidak ditunjukkan bagaimana untuk membeli. Dulu, saya pernah lawati satu fanpage yang disarankan oleh wife saya. Kami mencari walker untuk baby (betul ke ejaan walker tu? hehehe). Puas cari bagaimana cara nak membayar, sehinggalah saya terpaksa pm minta no phone. Dan dari situ saya sms untuk cara pembayaran. Nasib baik saya memang berkenaan dengan produk yang dijual, dan malas nak mencari di fanpage yang lain. Kalau tidak, dah lama saya “chow” ke fanpage lain. Saya syorkan cara pembayaran disediakan samada di ruangan tab, atau berikan no phone untuk order. #5 : Produk Tak Yakinkan Pengguna Produk tak yakinkan prospek, memang susah dapatkan sales! Apa sebab orang tak yakin? Sebabnya kita tak mampu buat mereka percaya akan keberkesanan produk. Jadi, bagaimana nak yakinkan prospek? Anda boleh yakinkan mereka dengan memperbanyakkan testimonial samada dalam bentuk social proof, video, gambar dll. Dan selain dari itu, anda boleh yakinkan prospek dengan menyediakan info tentang produk secukupnya samada melalui web, atau melalai tab anda. #6 : Cara Penulisan Yang Kurang Professional Ini bukan bermakna anda perlu menulis dengan ayat bahasa tinggi. Tapi apa yang anda perlu tulis adalah, ayat yang mudah difahami, dengan ejaan yang betul, penggunaan huruf besar huruf kecil yang betul. Jika anda menulis post anda dengan huruf besar kesemuanya, ianya akan kelihatan seperti MENJERIT kepada pelawat. Dan ada juga orang anggap tulisan berhuruf besar kesemuanya adalah SPAMMM! Dan satu lagi, jangan guna bahasa SMS. Ini kerana ada orang faham, ada orang yang tak faham bahasa SMS ni. Selain dari itu juga, ayat sms ni membuatkan anda kelihatan kurang professional. #7 : Tidak Berikan Respons Terhadap Komen/PM Ramai yang bertanya, tapi kita tak berikan respons. Atau lambat bersikan respons. Pelawat perlukan layanan dari anda sebagai penjual. #8 : Fokus Pada Jual Produk, Bukannya Manfaat Produk Kenapa orang membeli? Ini kerana mereka mahu dapatkan manfaat dari produk yang dibeli. Begitu juga di fanpage! Anda perlu jual manfaat produk, bukannya produk semata-mata. Anda perlu tekankan apa manfaat yang bakal diterima prospek dengan membeli produk anda. Manfaat produk mungkin berkenaan penjimatan kos, perubahan yang lebih baik terhadap hidup, menghilangkan masalah mereka dan sebagainya. #9 : Gagal Menjawab ‘Objection” Dari Prospek Dalam urusan jual beli, sudah ada prospek sebelum mereka membeli. Mungkin mereka membantah akan harga yang anda tawarkan. Mungkin mereka persoalkan jaminan yang anda tawarkan. Mungkin mereka tidak percaya dengan keberkesanan produk. Mungkin mereka takut produk yang dibeli tidak sampai. Mungkin mereka takut terbeli dengan harga tak berpatutan. Jadi tugas anda sebagai penjual, anda perlu menjawab persoalan-persoalan ini. Sediakan soalan, dan sediakan jawapan. FAQ sangat membantu! Cubalah! ✎ Jom share & like post ni di FB jika rasa ianya bermanfaat

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"

1 2 3 4 5 6 7 8 9


LIFE...

LIFE...

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



3 Waktu Pelanggan Ramai Di Facebook Masa yang sesuai untuk buat iklan atau aktiviti pemasaran di Facebook adalah seperti berikut

(Ini adalah berdasarkan kami menguruskan lebih 2,000 kempen untuk klien). ❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄ Kitaran #1 - Waktu sejuk berangin ❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄ ... Iaitu pada pukul: "8 pagi hingga 10 pagi." ❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄ Kitaran #2 - Waktu panas terik ❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄ ... Waktu ini pula bermula pada pukul: "12 tengahari hingga 3 petang." ❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄ Kitaran #3 - Waktu malam lena ❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄ ... Untuk kitaran terakhir ini, waktu yang sesuai untuk beriklan adalah: "8 malam hingga 11:45 malam." Kenapa 11:45? Jawapan mudah: Majoriti online banking (CIMB & Maybank) akan tutup kedai. ✎ Jom share & like post ni di FB jika rasa ianya bermanfaat Credit : Tuan Aqif Azizan

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"

1 2 3


Thursday, 19 January 2017

======================= SASARAN SALES YANG REALISTIK ======================= Ramai antara kita ni sering melihat kejayaan-kejayaan orang lain dalam FB Ads marketing, menjual pelabagai produk

Ada menjual produk kesihatan, Ada menjual produk kencantikan, Ada jual gajet, Ada jual makanan, Dan sebagainya! Sales ratus ribu! Sales puluh ribu sebulan! Sehari untung 10k? Hanya di facebook saja! Yang kita pula sebagai orang baru, memang terasa 'sentap' bila orang tunjukkan kejayaan mereka dalam bisnes di facebook. Hati rasa terbakar.. "Orang lain boleh, kenapa aku TAK BOLEH ?" suara dalam hati kedengaran. "Kak M tu boleh dapat 500k sebulan dengan jual produk orang lain (Sebagai agen), kenapa aku tak boleh?" kata-kata motivasi dalam hati semakin berkobar-kobar. Disebabkan insiprasi dan motivasi dari kejayaan orang lain, kita kebanyakannya terus mengambil tindakan, dengan harapan nak capai seperti apa yang orang lain capai. Dan kita terus letakkan sasaran awal, seperti contoh di bawah: "SASARAN SALES AKU BULAN NI, BAGI PRODUK NAIKKAN KETINGGIAN INI RM100K" Sasaran yang bagus, mantop, marvellous.. Setiap usaha, kerja, mesti ada SASARAN... Orang ada berkata, DENGAN LETAKKAN SASARAN, IANYA AKAN MENG"GUIDE" KITA DAN MEMBANTU KITA BERUSAHA GIGIH UNTUK CAPAINYA" Betul tu.. Saya sendiri juga sentiasa letakkan sasaran dalam apa jua yang dilakukan. Termasuk juga dalam menjual. Anda juga letakkan sasaran! banyak orang letakkan sasaran. Termasuk sasaran dalam penjualan di facebook. Tapi, satu soalan dari saya, untuk saya sendiri dan juga mungkin anda; ========================= ADAKAH SASARAN ANDA REALISTIK ? ========================= Hohohoho.. ..Sasaran dah ada, tapi realistik atau tidak? ..Mampu capai ke tidak? ..Ada ilmu ke tidak? ..Ada pengalaman ke tidak? ..Apa strategi dan teknik untuk capai sasaran? Ada? ..ada bajet ka? "Ada orang terus keluarkan bajet besar, puluh ribu, ratus ribu dengan harapan boleh untung besar di FB akhirnya KECUNDANG DENGAN MUDAHNYA. Sebab utama mereka SASARAN MEREKA TIDAK REALISTIK DENGAN KEMAMPUAN MEREKA" Kita orang baru, baru masuk dalam bisnes di FB, memang nak suskses macam orang lain. Orang boleh, kita juga boleh! Tapi untuk kita, yang baru, yang berbeza dengan orang yang dah capai kejayaan tu, CUBA LIHAT DIRI KITA, ADAKAH KITA NI; 1) ADA ILMU SEPERTI MEREKA ? 2) ADA PENGALAMAN SEPERTI MEREKA? 3) ADA BAJET SEPERTI MEREKA ? 4) ADA MASA SEPERTI MEREKA ? 5) ADA LALUI PROSES SEPERTI YANG MEREKA DAH LALUI ? Kebanyakkan dari kita tidak miliki seperti APA YANG orang dah berjaya MILIKI dalam BISNES FACEBOOK. Mungkin kita ada hanya sedikit, ataupun sebahagian saja dari apa yang mereka ada. Jadi, untuk letakkan sasaran, takde masalah, tapi sasaran kita perlulah realistik dengan KEMAMPUAN DIRI KITA. Untuk menjadikan diri kita LEBIH BERKEMAMPUAN DALAM BISNES DI FACEBOOK INI, kita perlu; - Dapatkan ilmu dahulu. Orang yang dah sukses dalam bisnes di FB tu bukannya buat-buat terus sukses. Diorang juga berusaha dapatkan ilmu. Belajar sana, belajar sini, cari tok guru sana, tok guru sini. Untuk ilmu, memang kita kena berkorban masa, wang ringgit, tenaga... - Dapatkan pengalaman! Dah ada ilmu, dapatkan pengalaman dengan praktikkan apa yang dipelajari. Pengalaman adalah guru yang terbaik. Dari situ ianya akan bantu kita dapatkan teknik, strategi dan skill yang bersesuaian dengan diri kita, bisnes kita, pelanggan kita..Dalam dapatkan pengalaman, adalah penting untuk rasai pengalaman KEGAGALAN SEBELUM KEJAYAAN. Dari KEGAGALAN, banyak yang bakal kita pelajari. Contoh gagal semasa buat bisnes di FB ads yang saya alami, klik tinggi sales tiada, komen banyak tapi takde beli, sms banyak beli kurang,tersilap buat bidding, duit habis dll. Tapi dari pengalaman tu, saya cari cara untuk elakkannya atau atasinya. SALAH SATU KAEDAH BELAJAR TERBAIK, BELAJAR DARI MEREKA YANG DAH ADA PENGALAMAN. TUJUANNYA UNTUK KURANGKAN ATAU MINIMAKAN RISIKO KEGAGALAN. Cara terbaik, dapatkan mentor. - Lalui proses untuk capai kejayaan FB Ads seperti kita menaiki tangga. Langkah demi langkah. Bukannya "naik escalator" terus samapai di atas. Orang hebat ada berkata, CEPAT KITA NAIK, CEPAT JUGA KITA JATUH. Ni banyak terjadi. Begitu cepat orang itu sukses, tanpa lalui proses-proses sepatutnya, cepat juga mereka jatuh. WAJIB UNTUK KITA LALUI "ANAK TANGGA" untuk sukses. (Dr Amer Mydin ada berkata begini). Dalam FB Ads marketing sebagai contoh, sebagai permulaan kita boleh mula dengan letakkan sasaran realistik sesuai dengan ilmu, pengalaman, kemampuan kita. Mungkin boleh sasarkan RM1k sebulan dahulu sebagai sasaran awal. Dan kita cuba dalam masa sebulan itu bersungguh-sungguh untuk dapatkan income RM1k. Bila dah tercapai, Cuba gandakan sasaran kita untuk bulan berikutnya. Dari RM1k menjadi RM2k! Dah capai RM2k, boleh letakkan sasaran besar sikit, iaitu RM4k...(dulu, kalau saya, saya letakkan sasaran sekaliganda dari apa yang dicapai,)Kita menaiki tangga demi tangga... Begitulah.. Sekadar sharing dari saya. peribadi:-) Rasa boleh terima, alhamdulillah. Tak boleh terima, tak setuju pun tiada masalah. Sharing dari pengalaman diri, pengalaman dari rakan-rakan seperjuangan, pengalaman dari ramai mentee-mentee, student-student...dalam bidang FB ads marketing dan juga secara umumnya ONLINE MARKETING... ~ Sifu FBAds ~

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



BAGAIMANA NAK MONITOR BILA BUAT ADS TARIK LIKE? Untuk iklan tarik LIKE, cuba buat beberapa ads dalam satu kempen

1. Monitor seawal 30-50 klik, berapa cost per like yang diperolehi. Jika cost per like bawah USD0.05, biarkan ads tu..Jika atas USD0.05, PAUSE SEGERA ads tu. (biasanya kita tunggu 100 klik, tapi untuk lebih menjimatkan, lebih selamat, kita monitor dalam 30-50 klik bagi setiap iklan) 2. Selepas 100 klik, sentiasa monitor ads, pastikan berada USD0.05 ke bawah. 3. Pause ads bila cost per page like lebih dari USD0.05...(atau boleh consider cost per page like USD0.06)

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



ENGAGEMENT TINGGI, TINGGILAH REACH! Tahukah anda, post yang memiliki engagement yang baik, yang tinggi akan membantu tingkatkan jumlah reach (audiens) yang akan melihat anda secara organic..(tanpa ads) Engagement yang tinggi - (jumlah post like, post comments, post share, post klik yang tinggi) BAGAIMANA NAK TINGKATKAN ENGAGEMENT? 1) Buat post berbentuk sharing..perkongsian yang relevan dengan page anda

Kongsi tips ke, kongsi video ke, kongsi nasihat ke... 2) Galakkan audiens LIKE, KOMEN & SHARE. 3) Respons bagi komen yang diterima..

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



Sejauh Mana LIKE Boleh Membantu Anda Meningkatkan Jualan Di Fesbuk ?? ▲ ANDA BELUM TERLAMBAT UNTUK TERSEDAR HARI INI !!▼ Malangnya anda tidak boleh bergantung 100% kepada prospek yang LIKED fanpage anda kerana ..

☒ Servis LIKE boleh dibeli ...prospek yang LIKED tiada kualiti dan tak minat terhadap produk/servis anda ☒ Prospek yang betul-betul genuine LIKED fanpage anda belum tentu mempunyai minat terhadap produk anda. Banyak faktor dan sebab kenapa mereka LIKED fanpage anda. ☒ Prospek yang telah LIKED fanpage anda berkemungkinan tidak lagi aktif. Jadi, apa solusinya ?? ANDA PERLU DAPATKAN FRESH PROSPEK DARI SEMASA KE SEMASA supaya FB Ads lebih targeted dan berkualiti ...dan terus boleh meningkatkan CONVERSION RATE SALE anda !! Komen "SETUJU" atau "TIDAK SETUJU" di bawah ...

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



Wednesday, 18 January 2017

ANDA TAHU APA ITU 4 RIGHT (4R) DALAM FESBUK ?? Kalau anda tak ada 4R ni, anda sebenarnya belum bersedia utk berniaga di Fesbuk

Tepuk dada, tanya selera ..:-)

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



Anda selalu buat FB Ads tapi ..

✘ Potential audience tinggi ...ads langsung tak jalan ✘ Susah nak capai minimum ads reach 5,000 ✘ Kurang orang response, klik, share & like ✘ Terpaksa bid CPC/CPM dgn harga yang tinggi ✘ CTR dan Frequency rendah disebabkan ads reach yg rendah Tahukah anda yang ... KESEMUA ITU bergantung kepada TARGET AUDIENCE yang anda pilih. Kalau AUDIENCE yang dipilih adalah BERKUALITI & TARGETED, then ... ✔ Ads anda berjalan dengan laju dgn kos CPC/CPM yg rendah. Sebabnya pesaing utk target user tersebut kurang. ✔ Ads reach yang anda perolehi tu adalah yg BERKUALITI ✔ CTR & Frequency ads anda akan tinggi disebabkan komen dan post engagement dari prospek yg berkualiti Dari mana nak dapat TARGET AUDIENCE yang berkualiti ni ?? Jawapannya di : ✎ Komen-komen prospek di page post ✎ Komen-komen prospek di fan page / profile FB ✎ Komen-komen prospek di group2 FB Anda nak tahu kenapa 3 sumber ini merupakan lubuk TARGET AUDIENCE yang berkualiti ?? Simple, hanya orang yang berminat tentang sesuatu post itu sahaja yang akan meninggalkan komen dengan bertanya details, harga, share, dan like ..btul tak ?

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



Gambar yang mana lebih terkesan dan berpengaruh utk anda 'consider' nak bagi tumpang ?? Gambar yang mana lebih menyentuh EMOSI anda sebagai pemandu yang lalu di jalan tersebut ? Saya pilih gambar yang kanan tu .

anda pula ?

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



Anda Usahawan Di Internet terutama FB ?? Jika 'YA', saya pasti anda sedang atau pernah hadapi masalah ni ..

kan, kan ?? ✔ Buat landing page atau squeze page, banyak pelawat tapi SALES '0' ✔ Buat FBAds ...CTR tinggi, like dan komen pun banyak tapi SALES '0' ✔Buat macam-macam Ads, bid tinggi-tinggi, ads reach berpuluh-puluh ribu tapi SALES '0' ❄❄❄❄❄ FAKTA ❄❄❄❄❄ Keberkesanan sesuatu ads/marketing tidak hanya bergantung kepada cantiknya gambar sesuatu iklan yang anda buat atau bagusnya kualiti sesuatu produk, tapi ianya bergantung kepada ... ✎ Keberkesanan COPYWRITING/SKRIP JUALAN ads kepada EMOSI prospek anda ! Ya, COPYWRITING banyak memainkan peranan sama ada prospek akan membeli produk/servis anda ataupun tidak. ❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄ COPYWRITING YANG BERPENGARUH ❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄ Copywriting yang berpengaruh mampu mendorong prospek untuk TIDAK SABAR-SABAR untuk bagi duit kepada anda, dengan kata lain menukar prospek menjadi PEMBELI. Sapa yang tak nak kalau dapat hasilkan jualan hanya dengan penggunaan AYAT COPYWRITING yang memikat dan memukau, tul tak ? Copywriting yang berpenagaruh mampu untuk .. ✔ Kenalpasti MASALAH utama prospek ✔ Bina 'awareness' kepada prospek tentang impak dan risiko sekerinya masalah itu tidak diselesaikan dengan segera ✔ Beri jalan PENYELESAIAN kepada prospek ✔ Maklumkan kepada prospek di mana dan bagaimana mereka boleh perolehi penyelesaian tersebut ❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄ MACAM MANA NAK BUAT COPYWRITING BERPENAGRUH NI ? ❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄ Mudah je, ingat A.I.D.A !! ➳ A (Attention) Skrip copywriting yang berkualiti mampu untuk menarik minat prospek untuk ketahui tentang ads/kempen yg anda buat. Perhatian prospek dijana melalui penulisan HEADLINE dan SUB-HEADLINE yang mampu utk memukau perhatian prospek. ➳ I (Interest) HEADLINE dan SUB-HEADLINE yang memukau mampu mebuat prospek berminat untuk tahu lebih lanjut tentang produk anda melalui pembentangan MASALAH yang sedang dihadapi oleh prospek. ➳ D (Desire) HEADLINE dan SUB-HEADLINE yang menyentuh emosi prospek akan membuatkan KEINGINAN prospek membuak-buak untuk miliki produk anda dengan rela ...dengan syarat produk anda itu mampu untuk menyelesaikan MASALAH yang dihadapi prospek ➳ A (Action) Keinginan yang tinggi akan membuatkan prospek untuk terus bertindak dan membeli produk anda Nampak macam simple, kan ? Ia simple kalau anda tahu bagaimana untuk menghasilkan COPYWRITING atau Surat Jualan yang berpengaruh dan mampu untuk memenuhi EMOSI dan IMPIAN prospek. ❄❄❄❄❄❄ AMARAN ❄❄❄❄❄❄ Ads yang berbeza, gambar yang berbeza dan copywriting yang berbeza akan memberikan impak yang berbeza terhadap prospek bergantung kepada : ✔ Umur ✔ Lokasi prospek (eg bandar, luar bandar) ✔ Minat dan hobi ✔ Jantina ✔ Status perkahwinan ✔ Taraf pendidikan ✔ Bahasa ✔ Tempat kerja Jadi, sebelum sesuatu ads/kempen pemasaran dibuat, kajian terhadap prospek perlu ada. Different prospek different approach !! Ingat !! Anda tak mungkin dapat untuk menjual kepada semua orang pada satu-satu masa. FOKUS dan pilih TARGET prospek anda dengan betul supaya anda boleh fokus penggunaan COPYWRITING yang betul, GAMBAR ADS yang betul, pemilihan MASA yang betul untuk menjual, etc .... LIKE dan SHARE kalau post ni memberi manfaat dan berguna ek.

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



Tuesday, 17 January 2017

ANTARA SEBAB ORANG KITA MUDAH TEWAS BERNIAGA ONLINE 1

KURANG ILMU - dah la kurang ilmu, malas cari ilmu, kedekut nak dapatkan ilmu. 2. KURANG AMAL - ilmu ada, tapi kurang amal, kurang praktis. Ilmu yang dipelajari akan menjadi berkesan apabila kita selalu amalkannya. Bak kata omputih, PRACTICES MAKE PERFECT. 3. BANYAK MAHU SHORTCUT - taknak lalui proses-proses ke arah kejayaan. Lalui proses, dari satu level ke satu level..supaya kita dapat pengalaman.. 4. TAK FOKUS - semua nak dibuat. Sebaiknya fokus satu-satu dulu. Bila satu dah berjaya, baru boleh buat lain.. 5. MUDAH GIVE UP - Bila yang dibuat tak datangkan hasil yang diinginkan, kita mudah berputus asa. Salahkan orang lain! DAN SETERUSNYA, JEMPUT ANDA TAMBAH LAGI...

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



Monday, 16 January 2017

> Di Malaysia, terma copywriting sudah mula menarik perhatian pemilik-pemilik bisnes

Khususnya yang menguruskan bisnes di Facebook. Copywriting adalah terma yang sudah wujud ratusan tahun. Copywriting dari perspektif bisnes merujuk pada: ✔Kemahiran menulis. ✔Kemahiran memahami pelanggan. ✔Kemahiran mempengaruhi pelanggan. ♒♒♒♒♒♒♒♒♒♒♒♒♒♒♒ Pemilik Bisnes dan Copywriter ♒♒♒♒♒♒♒♒♒♒♒♒♒♒♒ Copywriting adalah elemen kritikal dalam bisnes. Di Amerika Syarikat, copywriter dibayar sekitar USD1,000 hingga USD1,000,000 untuk menguruskan satu projek bisnes. Copywriter juga adalah simbolik kepada “business game changer.” Sebagai contoh, dengan menggantikan beberapa perkataan di laman web, ia mampu meningkatkan jualan dengan drastik. Begitu besar impak copywriter yang bagus dalam bisnes. Tidak semua pemilik bisnes mempunyai skil copywriting yang bagus. Terdapat 3 cara mudah, untuk pemilik bisnes di Facebook untuk menguasai skil copywriting. 3 cara ini dibentangkan oleh copywriter terkenal di Malaysia, iaitu Tuan Faisal Abdullah. Beliau adalah individu yang sudah membantu ratusan peniaga Facebook untuk kuasai skil copywriting. Seterusnya menjana jualan sehingga jutaan ringgit. ➳ 3 cara terbaik kuasai copywriting dengan cara yang kedekut (low-cost) adalah: ▲ Cara Kedekut 1 – Rajin Bertanya Seorang copywriter yang bagus adalah mereka yang terdiri dalam golongan: Rajin bertanya. Bijak bertanya soalan yang berkait rapat dengan pelanggan. Sebagai contoh, apabila copywriter mahu menulis ayat jualan bagi menjual produk kuruskan berat badan, mereka akan senaraikan soalan-soalan berikut: 1) Apakah faktor kritikal yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan susah mahu kurus? 2) Adakah benar senaman secara konsisten boleh membantu turunkan berat badan? 3) Jika mahu beli produk kuruskan badan, bahan-bahan apa yang perlu dititikberat, supaya ia tidak memberikan kesan buruk pada badan untuk jangka masa panjang? Setiap jawapan bagi soalan-soalan di atas akan membantu pelanggan untuk tertarik dengan copywriting yang kita hasilkan. ▲ Cara Kedekut 2 – TiruVasi Cara paling tidak seksi adalah meniru hasil orang lain. Tiru bukan bermaksud tiru bebal. Tiru bebal merujuk pada 100% tiru tanpa lakukan sebarang kreativiti dan inovasi. Tuan Syaizul Amal (Pengurus jenama Ain Maisrah) melabelkan strategi meniru ini sebagai Tiruvasi. Bahan-bahan yang sesuai untuk kita tiru adalah: ✌ Tajuk-tajuk akhbar di muka hadapan. ✌ Tajuk-tajuk iklan di majalah, dan akhbar yang menarik perhatian. ✌ Ayat-ayat di rancangan televisyen yang buat kita ingat dan cepat faham. ▲ Cara Kedekut 3 – Bayar Copywriter Teruna dan Dara Cari mereka yang pandai menulis. Dalam masa sama, tidak berfikiran seperti orang bisnes. Tujuannya supaya kita dapat bayar mereka dengan harga yang jauh lebih rendah. Cara kenal pasti copywriter seperti ini adalah menerusi: ✎ Blog. ✎ Status-status Facebook ✎ Jurnal ~ by Aqif Azizan ~

@ezfesbuk​
" FBFanpage&Instagram Manager Service"


KURANG JUALAN DIPEROLEHI DISEBABKAN FAKTOR MASA ? Betulkan begitu? Bagaimana? Jualan kurang disebabkan faktor masa? Jika tanya sifufbads, saya jawab YA! Faktor masa boleh sebabkan jualan BERKURANG! 1) Dari pengalaman saya sendiri, dah menjual bermacam-macam produk di internet, hari WEEKEND, iaitu SABTU & AHAD adalah paling kurang pembeli online

ROI, CONVERSION juga paling rendah pada waktu ni. Kenapa ye? Mungkin disebabkan mereka kurang luangkan masa berONLINE. (waktu pergi shopping, melancong, dan tiduuurr) 2) Minggu terakhir menjelang perayaan. Contohnya Raya Puasa, Raya Haji. Jual waktu last minit online, memang kurang orang membeli! Jual masa hari raya, langsung tiada pembeli 3) Tengah bulan. Orang dah kering! Poket kosong! Contohnya bulan Okt - Nov. Orang gov dapat gaji awal, pastu tunggu lebih 40 hari untuk gaji berikutnya. 4) Hujung tahun. Mungkin orang simpan duit untuk balik kampung, untuk percutian anak-anak, dan persiapan masuk tahun baru. Baju sekolah, yuran sekolah, dll. itulah sebahagian yang saya tinjau, masa-masa yang menyebabkan jualan berkurangan di FB. Tapi tak semestinya anda harus PERCAYA 100%! Tak semua produk macam tu, tapi kebanyakannya memang macam tu. Camne tu ? ~ Jamal FBAds ~

@ezfesbuk​
" FBFanpage&Instagram Manager Service"


ANTARA SEBAB UTAMA IKLAN TAK LULUS! Ni antara sebab utama iklan yang dibuat disapproved oleh FB yang juga ramai pengiklan alami

1) iklan lebih 20% text pada gambar 2) guna perkataan fb pada gambar 3) Gambar Sebelum selepas (tapi selalu lepas juga) 4) perkataaan berunsur "make money" (tapi ada juga lepas) 5) promosi affiliate..(nak lepas, ada caranya) 6) jual produk dewasa (tapi ramai lepas juga , ada trick boleh digunakan) Selamat beramal ...

@ezfesbuk​
" FBFanpage&Instagram Manager Service"


Sunday, 15 January 2017

PERKONGSIAN ...AGAK PANJANG UTK DIHADAM TAPI ILMUNYA BERNILAI ...PERKONGSIAN DARI RAKAN IM - TUAN BUKHAIRI RAMLI ✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘ Strategi Pemasaran Berasaskan Nombor ✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘ Sebelum mula ========= Prinsip saya mudah sahaja: tiada rahsia

Segala benda yang boleh saya kongsi, saya betul-betul kongsi. Tiada sorok-sorok. Kalau saya boleh kongsi dengan tulisan, saya tulis. Kaveat 1: ada situasi yang perlu lebih mendalam, kita perlu bertalaqqi. Belajar depan-depan. Ada interaksi. Senang tunjuk sana sini. Kaveat 2: ada situasi pula, sangat merugikan masa untuk Tuan Puan belajar. Sebab learning curve terlalu besar. Jadi, kalau kita guna 80/20 Principle dan teori comparative advantage, masa Tuan Puan lebih elok digunakan untuk jalankan bisnes. Benda yang susah nak belajar tu serahkan kepada orang lain. Contoh: Bila aircond kereta rosak, kita tak belajar macam mana nak repair sebab bukan comparative advantage kita. Kita serahkan kepada pakar aircond kereta. Maknanya? 1. Tiada sorok-sorok. Tulisan ini panjang. Sangat. 2. Boleh lihat asas di sini. Jika perlukan lebih, nanti kita cerita lain. Kita bahagi 3 tulisan ni. Strategi, pemasaran dan berasaskan nombor. ✪✪✪✪✪✪ STRATEGI ✪✪✪✪✪✪ Strategi ialah sebab di sebalik mengapa sesuatu itu dilakukan. Taktik ialah apa yang dilakukan untuk mencapai sesuatu strategi tadi. Taktik ini benda-benda yang nampak. Kalau kita tiru seseorang itu, biasanya kita tiru taktik la tu. Strategi lebih kepada niat mengapa ia dilakukan. Kalau kita tak boleh teka niat seseorang, kita mungkin akan tertiru taktik yang salah. Strategi ini melihat kepada keseluruhan perkara itu. Taktik ini hanya melihat kepada satu bahagian sahaja. ✎✎✎✎✎✎✎✎✎✎✎ The right strategy makes any tactic work better. The right strategy puts less pressure on executing your tactics perfectly. ✎✎✎✎✎✎✎✎✎✎✎ Dengan mempunyai strategi, kadang-kadang kita tak perlu ada taktik yang kuat. Strategi yang betul mengurangkan beban kepada sesuatu taktik. ++++++++++ Contoh: Tuan Abu Mu'aaz Munir Azizan ada cakap dalam bebelan saya sebelum ini 'ini copywriting terbaik'. Masalahnya, saya tidak tulis bebelan itu dengan niat nak buat copywriting yang baik. Copywriting ialah taktik. Saya sekadar bercakap mesej yang patut didengar kepada grup yang patut mendengar. Itu strateginya. Dengan strategi yang betul, tulisan yang tidak mematuhi asas copywriting dan tak ditulis dengan niat sebagai copywriting pun boleh jadi copywriting. Sebab itu saya bukan seorang copywriter, per se. Saya pun tak rasa Tuan Faisal Abdullah ni seorang copywriter, in the strictest sense of the word. Saya ingat dulu Tuan Faisal pernah tunjuk landing page beliau, katanya 'page ini designnya buruk, tulisannya 2-3 kerat, tapi dapat convert banyak'. Strategi beliau betul. Offer yang betul diberi kepada target yang betul dengan cara yang betul pada masa yang betul. Tiada pressure kepada design (taktik) untuk jadi cantik, tiada pressure kepada copywriting (taktik) untuk tulis ayat terlalu bombastik dan hype. (Tapi bila fikir balik, mungkin kami memang copywriter. Itulah kerja copywriter daripada definisi sebenar: kaji produk, kaji market dan bina strategi untuk menjual. Copywriter bukannya kerja untuk buat ayat bombastik dan hype semberono semata). +++++++++++ Bayangkan strategi ni macam sebuah jambatan yang ada banyak tiang. Strategi yang betul = banyak tiang yang menyokong jambatan. Jadi kalau satu-satu tiang tak berapa kuat, tak mengapa. Sebab tiang lain pun sama menyokong. Pemikiran taktikal = hanya ada satu tiang. Sebab tu tiang tu tak boleh retak atau bermasalah sikit pun. Ada satu saja. Berat seluruh jambatan semua terbeban kepada satu tiang itu. ☒ Apa benda saya membebel ni? ☒ Kita lihat ramai orang meletak semuanya atas satu tiang: iklan. Masalahnya, iklan perlu hampir sempurna jika kita semata-mata bergantung kepada ia untuk bina bisnes. Kalau kita baru mula, macam mana kita nak buat iklan yang sempurna? Kita seolah-olah masuk ke dalam bisnes yang mustahil untuk dimenangi (kalau kita main cara ini). Sebenarnya, kita hampir tak boleh tak tahu kenapa iklan tu tak perform, kenapa reach tak jalan, kenapa orang tak klik, kenapa klik tapi takde sales semata-mata dari screenshot metrik iklan. Sebab? Kita tak tahu pun iklan tu untuk siapa, target pada siapa, target betul ke salah, jual apa, harga berapa. Bla bla bla. Kita tak nampak apa. Gelap. Kalau kita tak tahu strategi di sebalik iklan itu, kita tak boleh nak tahu kenapa ia perform sepertimana ia perform. Dalam DVD STP kalau kita perasan, sejam lebih pertama itu Tuan Faisal cerita benda yang macam takde kaitan pun secara langsung dengan iklan. Ada ilmu tentang psikologi. Yang saya ingat tentang conformity: mengapa manusia suka buat benda yang orang lain pun buat. Ada ilmu tentang upsell, tentang flagship product, front end, back end dan sebagainya. Ini semua strategi lengkap. Bukan sekadar tunjuk macam mana buat iklan. Ada benda-benda lain yang perlu kita ambil kira. STP ini bukan pil magik yang kita telan hari ini, esok terus sales masuk berdentum-dentum. ✔ Kenapa orang lain senang buat sales? Sebab kita lihat taktiknya. Kita tak nampak strateginya. Atau seperti dikatakan Tuan Faisal dalam audio beliau, kita tak nampak berapa banyak buku dia dah baca, berapa banyak ilmu dia telah pelajari untuk sampai ke tahap 'senang buat sales' tu. Apabila kita tiru, kita nak tiru apa yang kita nampak. Kita nak tiru taktik. Tanpa kita tahu niat atau strategi di sebalik taktik itu. Baru tadi Tuan Faisal post, kalau buat iklan, pastikan kita tahu kenapa iklan tu dibuat. Strategi yang berlainan, taktiknya berlainan. Kalau kita berniat nak kumpual leads, taktik iklannya lain. Belanja iklannya pun lain. ✔ Strategi ini benda paling payah nak cerita. Sebab strategi ada sangat banyak. Dan kita perlu ambil kira banyak perkara. 1. Product / market fit. Sesuai atau tidak produk yang kita tawarkan kepada target market kita. Siapakah target market kita? Adakah produk ini sesuatu yang mereka sedia ada perlu/mahu? Copywriter yang legend-legend selalu kata 'kita tak boleh nak cipta keinginan, kita hanya boleh channel keinginan itu'. 2. Customer development. Lebih kurang macam di atas. Tapi lebih mendalam. Kita perlu bersedia untuk menjual lama sebelum kita menjual. Ini agak advanced sedikit. Kalau siapa ingat, Tuan Faisal pernah kata beliau memang guna pre-launch untuk setiap produk dan sentiasa akan. Ini spekulasi saya, tapi saya rasa pre-launch yang beliau maksudkan ialah mengenal pasti bakal pelanggan, mencipta minat di kalangan mereka untuk produk baru ini dan melihat sama ada mereka ini mahu membeli atau tidak. Dan semua ini dilakukan sebelum produk dicipta i.e. memastikan demand ada, baru mulakan bisnes itu. Di sini boleh kumpul leads, boleh kumpul preorder. Macam-macam boleh buat. ✪✪✪✪✪✪✪✪ PEMASARAN ✪✪✪✪✪✪✪✪ Bahagian ini mudah sahaja. Apakah itu pemasaran? Pemasaran = memberitahu apa nak diberitahu kepada orang yang nak diberitahu melalui saluran yang betul Kalau kita dissect, apa nak diberitahu = mesej orang yang nak diberitahu = market saluran = media Saluran kita di sini ialah FB ads. Itulah medianya. Mesej dan market ini perlu ada keserasian. Macam kita cakap di atas, mesej yang betul perlu sampai kepada market yang betul. Di sinilah precise interest, targeting dsb tu perlu betul. Sebab kita mencari market yang betul. Ini pun termasuk dalam strategi. Ada juga yang cakap dengan saya 'saya main letak saja iklan, tak tau pun targetting, bidding apa semua tu, terus review dan submit saja'. Haiyo! ✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪ BERASASKAN NOMBOR ✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪ Strategi memberitahu kita mengapa sesuatu itu dibuat. Nombor memberitahu kita performance setiap sesuatu itu. Sama ada patut dibuat lagi atau tidak. Sama ada perlu di-tweak untuk mendapat performance lebih. Ini yang kita panggil marketing metrics. Metrik ini yang akan beritahu kita, prestasi usaha kita. Skor kita. Kita perlu tahu data dalam bisnes kita. Kos, jualan, margin untung. Berapa lifetime value of customer, berapa cost per acquisition, berapa allowable ad spending (boleh rujuk bebelan saya sebelum ini). Tuan Faisal juga ada kata, kita perlu jelas: berapa kita mahu sebulan, berapa modal kita, berapa jualan produk sehari. Bla bla bla. Metrik ini akan jadi panduan kita. Tuan Muhammad Zukermi ada cakap 'jika saya spend RM100 dan dapat 5 sale sehari, bayangkan jika saya spend RM10k sehari'. Ini kata-kata orang yang tahu nombornya. Katakan untung satu produk RM30. 5 sale = RM150. Tolak kos iklan = RM50. Maknanya untuk setiap RM100 yang Tuan Zukermi spend, beliau akan dapat RM50 untung i.e. 50% untung. Beliau kata itu saja rahsia beliau. Atau pun kalau kita bina ayat baru, kita boleh kata begini: kalau setiap RM100 saya dapat untung RM50, maka bodohlah saya untuk berhenti spend pada RM100 saja. Baik saya spend sehingga RM10k. Ideally, unlimited. Tapi sampai satu masa, market akan saturated. Jadi RM10k mungkin upper limit. Betul kan? Itu satu sudut pandang yang lain. Mindset yang lain. Tuan Puan boleh buat begitu? Spend X dapat 1.5X semula? Boleh, jika Tuan Puan tahu nombor-nombor bisnes sendiri. ✔ Bagaimana cara nak kira nombor-nombor ini? Ada banyak cara. Bergantung kepada bisnes model Tuan Puan. Kalau ada agen, lain kiranya. Kalau barang itu dibeli berulang, lain kiranya. Kita lihat satu contoh berdasarkan satu situasi bisnes. ++++++++++ Contoh: Bisnes jual tudung. Harga purata kos satu tudung = RM20 Harga purata jualan satu tudung = RM50 Untung kasar = (50-20)/50 = 60% 60% ini ialah gross margin. Gross margin dikira pada hard cost untuk barang. Daripada gross ini kita boleh tahu berapa kita ada untuk 'main-main'. Lebih kecil margin kita, lebih sikit duit untuk kita main-main. Katakan: Gaji kita = 10% (buat bisnes jangan lupa ambil gaji sendiri!) Untung syarikat = 15% Kos iklan = 10% Kos overhead = 15% Kos shipping = 2% Total = 52% Selagi total cost ini kurang daripada gross margin, maknanya kita ok. Jadi, kalau kita nak gaji RM5k sebulan, kita perlu buat jualan RM50k sebulan i.e. jual 1000 tudung. Nampak tak? Setiap bisnes patut boleh jawab soalan ni: berapa kena jual untuk dapat gaji RM3k? RM5k? Nombor ini semua patut ada dalam kepala. ++++++++++ Sebab itu kita perlu tahu gross margin berapa, baru kita tahu berapa nak allocate di setiap kos lain. Bisnes kita akan jatuh cepat kalau gross margin sangat rendah. Katakan 15%. Kalau 15% gross margin, berapa je tinggal nak bayar diri sendiri, nak bayar kos lain? Bisnes ini doom to fail daripada mula. Bukan masalah iklan! Ideally, kita buat ni sebelum bisnes. Jadi kita boleh elakkan failure sebelum kita mula. Doom to fail? Terus tinggalkan, cari bisnes lain! Kalau margin sikit, jual la berjuta sekalipun, hujung bulan tetap tak nampak duitnya. Jualan berapa banyak tu tak berapa penting. Yang lebih penting ialah margin. Jumlah jualan kalau lebih certain threshold dah cukup dah. Margin kalau tak cukup, sampai besar mana pun takkan cukup. Ada kos yang tidak fleksibel seperti overhead, gaji pekerja, bil api dsb i.e. ia tidak berubah mengikut berapa banyak jual. Tidak boleh dikira percentage. Contoh: sewa kedai RM1500. Jual sehelai tudung, atau jual 2 juta tudung, sewa kedai tetap sama. Ada juga kira-kiranya. Tapi kena buka spreadsheet untuk kira tu semua. Semua ini boleh di-tweak untuk di-optimise. Apabila dah ada semua ni, senang saja. Macam tombol yang kita pulas untuk dapat nilai sekian sekian banyak. --- Ini satu contoh saja. Kita nak tahu margin dan berapa untung. Kita nak tahu untuk setiap RM1 yang kita dapat, berapa sen kita simpan, berapa sen syarikat simpan, berapa sen banyak pekerja, berapa sen bayar iklan dsb. Ada pula kiraan lain untuk kita tahu berapa nilai seorang pelanggan, berapa kita boleh spend untuk acquire seorang pelanggan, berapa kos iklan kita. Cara kira LTV, allowable ad spending ini ada saya cerita dalam bebelan sebelum ini. ✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘ SUSAHNYA?!?!?!?!?!?!?!? ✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘ Kalau senang, semua orang boleh bisnes. Tiada la kelebihan kepada kita. Warren Buffet cakap, kita patut ada economic moat. Apa itu moat? Dalam filem kita tengok istana lama ada air keliling dia kan? Nak masuk kena lalu jambatan. Air itulah moat. Ia adalah barrier to entry. Yang membuatkan orang lain sukar nak masuk. Itulah advantage kita. Dan sebenarnya, kalau kita ada kompas dan peta yang betul, tak susah pun. Yang saya membebel panjang ni, kalau Tuan Puan hadam betul, boleh kata you're already better than 80% of the population la bak kata orang kampung saya. Kesimpulan: Ia tak susah. Ia pun tak la senang sangat. Kalau ada panduan yang betul, tak perlu teraba-raba, Mudah saja. Apa yang penting? Strategi! ♫♫♫♫♫♫♫♫♫♫♫♫♫♫♫♫♫♫♫♫ Shameless plug: Semua teori asas saya sudah kongsi. Tiada sorok-sorok.

@ezfesbuk​
" FBFanpage&Instagram Manager Service"



Di Facebook Malaysia, pelanggan sudah terbiasa dengan dua perkataan ini apabila mahu melakukan pembelian: 1) PM (Private Message)

2) SMS. Dua perkataan ini merujuk pada button call-to-action. Iaitu memberitahu bagaimana pelanggan boleh lakukan pembelian. Call-to-action tidak boleh mempunyai lebih daripada 1 opsyen. Opsyen yang banyak memberikan tekanan dan kekeliruan kepada pelanggan. Button call to action yang bagus adalah melihat kembali tingkah laku pelanggan. Sebagai contoh, ***************** Golongan 21 - 29 tahun ***************** Golongan ini adalah golongan smartphone. Biasanya mereka menggunakan aplikasi tertentu untuk berkomunikasi secara percuma dan online, seperti Whatsapp, Wechat dan sebagainya. Justeru itu, call to action yang terbaik untuk golongan ini adalah memberikan maklumat tentang aplikasi Whatsapp sahaja. Cukup dengan ayat begini, "Whatsapp kami di XXX XXX XXXX."

@ezfesbuk​
" FBFanpage&Instagram Manager Service"


Di Malaysia, terma copywriting sudah mula menarik perhatian pemilik-pemilik bisnes

Khususnya yang menguruskan bisnes di Facebook. Copywriting adalah terma yang sudah wujud ratusan tahun. Copywriting dari perspektif bisnes merujuk pada: Kemahiran menulis. Kemahiran memahami pelanggan. Kemahiran mempengaruhi pelanggan. Pemilik Bisnes dan Copywriter Copywriting adalah elemen kritikal dalam bisnes. Di Amerika Syarikat, copywriter dibayar sekitar USD1,000 hingga USD1,000,000 untuk menguruskan satu projek bisnes. Copywriter juga adalah simbolik kepada “business game changer.” Sebagai contoh, dengan menggantikan beberapa perkataan di laman web, ia mampu meningkatkan jualan dengan drastik. Begitu besar impak copywriter yang bagus dalam bisnes. Tidak semua pemilik bisnes mempunyai skil copywriting yang bagus. Terdapat 3 cara mudah, untuk pemilik bisnes di Facebook untuk menguasai skil copywriting. 3 cara ini dibentangkan oleh copywriter terkenal di Malaysia, iaitu Tuan Faisal Abdullah. Beliau adalah individu yang sudah membantu ratusan peniaga Facebook untuk kuasai skil copywriting. Seterusnya menjana jualan sehingga jutaan ringgit. 3 cara terbaik kuasai copywriting dengan cara yang kedekut (low-cost) adalah: *********************** Cara Kedekut 1 – Rajin Bertanya *********************** Seorang copywriter yang bagus adalah mereka yang terdiri dalam golongan: Rajin bertanya. Bijak bertanya soalan yang berkait rapat dengan pelanggan. Sebagai contoh, apabila copywriter mahu menulis ayat jualan bagi menjual produk kuruskan berat badan, mereka akan senaraikan soalan-soalan berikut: 1) Apakah faktor kritikal yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan susah mahu kurus? 2) Adakah benar senaman secara konsisten boleh membantu turunkan berat badan? 3) Jika mahu beli produk kuruskan badan, bahan-bahan apa yang perlu dititikberat, supaya ia tidak memberikan kesan buruk pada badan untuk jangka masa panjang? Setiap jawapan bagi soalan-soalan di atas akan membantu pelanggan untuk tertarik dengan copywriting yang kita hasilkan. ******************* Cara Kedekut 2 – TiruVasi ******************* Cara paling tidak seksi adalah meniru hasil orang lain. Tiru bukan bermaksud tiru bebal. Tiru bebal merujuk pada 100% tiru tanpa lakukan sebarang kreativiti dan inovasi. Tuan Syaizul Amal (Pengurus jenama Ain Maisrah) melabelkan strategi meniru ini sebagai Tiruvasi. Bahan-bahan yang sesuai untuk kita tiru adalah: Tajuk-tajuk akhbar di muka hadapan. Tajuk-tajuk iklan di majalah, dan akhbar yang menarik perhatian. Ayat-ayat di rancangan televisyen yang buat kita ingat dan cepat faham. ************************************** Cara Kedekut 3 – Bayar Copywriter Teruna dan Dara ************************************** Cari mereka yang pandai menulis. Dalam masa sama, tidak berfikiran seperti orang bisnes. Tujuannya supaya kita dapat bayar mereka dengan harga yang jauh lebih rendah. Cara kenal pasti copywriter seperti ini adalah menerusi: -->Blog. -->Status-status Facebook. -->Jurnal. ~Perkongsian oleh Tuan Aqif Azizan~ Share & LIKE kalau bermanfaat

@ezfesbuk​
" FBFanpage&Instagram Manager Service"


Petua Paling Mujarab Untuk Naikkan Seri Muka .

Petua Paling Berkesan ...

@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"


Friday, 13 January 2017

APA ITU SEO ??



✺✺ Definisi ✺✺

"SEO (Search Engine Optimization)" itu sendiri merupakan keupayaan untuk Optimized atau untuk meningkatkan rangking blog, website atau facebook anda di Search Engine

✺✺ Fungsi / Tujuannya ✺✺

Adalah untuk mendapatkan pengunjung atau visitor ke blog, website atau facebook anda melalui Search Engine seperti Google, Yahoo, MSN dan lain-lain.

Semakin baik rangking blog, website atau facebook di Search Engine, semakin banyak pengunjung yang akan mengunjungi blog / website / facebook.

Cuba taip Tudung di Google dan tengok apa yang keluar ?? Webiste yang dipaparkan paling atas dikategorikan mempunyai SEO rangking yang baik kerana ramai pengunjung melawat URL tersebut.


Ezfb​
" FBFanpage&Instagram Manager Service"