
Friday, 25 March 2016
5 STRATEGI PERNIAGAAN YG BOLEH MEMBANTU BISNES ONLINE DAN OFFLINE
Objektif utama anda melakukan bisnes adalah utk menghasilkan jualan. Tanpa jualan, bisnes anda boleh merudum. Tak kiralah jualan secara online ataupun offline, yg paling utama ialah menjual. Cuma apabila hendak menjual, kena ada STRATEGI!
.
Jadi mari kita kita baca 5 tips di bawah ini :
1. Bagaimana nak cari prospek yg ada kuasa membeli produk anda?
2. Bagaimana nak grab attention prospek?
3. Bagaimana nak bina trust prospek terhadap produk dan bisnes anda?
4. Bagaimana nak bina keinginan prospek untuk membeli produk anda?
5. Bagaimana membuat mereka terus membeli produk anda?
.
Sebagai peniaga, menjadi tanggungjawab anda utk memikirkan kejayaan bisnes anda. Setiap perniagaan mempunyai keunikan dan strategi berbeza. Produk yang berbeza mempunyai USP yg berbeza, bahkan prospek juga berbeza.
.
Mari saya terangkan 5 tips di atas. Baca sampai habis tau?
1. Bagaimana nak cari prospek yg ada kuasa membeli produk anda?
Kenali pembeli. Kena buat research siapakah bakal prospek anda. Masalah prospek, jantina, umur, minat, ekonomi, atau lokasi prospek.
2. Bagaimana nak grab attention prospek?
Biasa nampak iklan kat majalah atau TV? Atau di news feed fesbuk anda, antara wanita yg cantik dan kurang menarik, mana yg lebih anda suka? Pasti yg cantik, bukan? Selain itu, text dan word yg relevan juga dapat tarik perhatian audiens. Gunakan typografi!
3. Bagaimana nak bina trust prospek terhadap produk dan bisnes anda?
Salah satu cara paling proven ialah menggunakan testimoni pelanggan. Jika produk atau bisnes anda betul2 berkualiti dan praktikal, testimoni akan menguatkan lagi bisnes anda.
4. Bagaimana nak bina keinginan prospek untuk membeli produk anda?
Apa sbb prospek kena beli dari anda? Sbnrnya, ada beberapa cara utk tingkatkan perasan nk membeli dari prospek. Salah satu caranya ialah mewujudkan 'buying trigger'. Wujudkan elemen offer dan bonus. Wujudkan scarcity dan urgency. Jika elemen-elemen ini kuat, InsyaAllah prospek akan membeli.
5. Bagaimana membuat mereka terus membeli produk anda?
Tips terakhir ini ialah bagaimana membuatkan merekea terus membeli dari anda, atau dengan bahasa lain, 'repeat order'. Ada beberapa cara yg boleh membuatkan prospek anda terus membeli. Pertama, produk anda mesti betul2 berkualiti dan menyelesaikan masalah prospek. Adakah produk anda benar2 memenuhi objektif pembeli? Jika jawapannya YA, anda berpotensi utk mendapat repeat order. Selain itu, wujudkan after sale's support. Berhubung dengan prospek, tanyakan perkembangan mereka selepas mendapatkan produk atau servis anda.
.
Fahami kelima-lima tips ringkas di atas ini.
Dah faham? Share!


Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment