Thursday, 24 March 2016

Jual Kuih Batang Buruk Online Jer Sales Capai RM22k

Alhamdulillah,bersyukur … TAK SANGKA Dengan JUALAN DAHAN RAPUH sales jualan harian Bulan FEBUARY ni cecah RM 20,000 sebulan ,dulu RM 200 sebulan pun susah . Nama saya NORSYAFIQA BINTI HJ WAGIMAN,berumur 26 tahun,mempunyai 2 orang cahaya mata…Big why saya ialah ibu saya Hjh NORAINI BINTI YUNUS@YUNOS. Perniagaan DAHAN RAPUH yg dulu dikenali dengan BATANG BURUK ni bisnes dari ibu saya,dulu masa arwah ayah masih ada banyak jual offline di musim perayaan sahaja.Tapi sejak ayah meninggal,ibu suruh abang yang buat marketing, ibu pula buat kuih ni,sbb ibu tak berapa pandai marketing. Tetapi abang ditipu dengan salah satu agent offline mencecah RM 30,000,dan ibu terus stop dan dah tak nak buat dah. Hanya bergantung pada duit pencen arwah ayah. Saya sebagai anak dan ibu kepada 2 orang cahaya mata, bertekad akan lakukan apa sahaja cara untuk ibu saya & anak2. Kita hanya ada seorang ibu dalam dunia ni. Saya tak sanggup kehilangan ibu terlalu cepat. Saya tak nak bila saya umur semakin meningkat, saya hanya lihat kain batik IBU TANPA sempat saya balas jasa mereka besarkan saya dengan susah payah. Selepas itu Ibu saya memberi semangat kat saya dan suruh berdikari cari modal sendiri untuk teruskan perniagaan ni,sebab saya dari kecil banyak kacau ibu buat kuih,last2 jadi minat dan sayang rasanya kalau dibiarkan sebab resepi ibu ni memang superb sedap. Tahun pertama tu saya pinjam duit bekas suami sebanyak RM 23 RIBU,dan saya buat 10,000 peket,saya buat dan abang tolong jual kan, yg laku hanya 3500 peket sahaja, lagi 7000 pket tu telan sendiri buang & ada yang terpaksa bakar. Jualan 3500 peket tu la saya bayar hutang separuh dahulu. Tahun ke 2 sikit-sikit saya kumpul modal sendiri dan cuba belajar marketing sendiri, tapi buat offline dulu sebab buta IT. Buat 3000 peket pun tak habis, last2 buang macam tu je.modal dah banyak keluar habis berbelas ribu,last2 modal dapat separuh je untung lagi la tak payah nak cakap langsung tak merasa,dah puas menangis. Bayangkan PREGNANT anak ke 2, kandungan 6 BULAN buat kuih angkat tepung,mesin sendiri,sebab tak cukup modal bayar gaji pekerja, angkat kotak seberat2nya satu kotak(60 pcs x 300g) tu 18 Kg ..Hantar ke JB naik kereta 15 kotak. Dulu… bekas suami jauh, tu semua buat sendiri. Hantar ke kedai tak habis dipulang kan balik..dengan ada orang tak bayar duit kuih. Ya Allah bile saya tulis balik ni menangis bile teringatkan peristiwa 4 tahun lepas. Setelah habis sahaja bayar hutang separuh pada bekas suami, kami pun berpisah..anak2 semua saya & ibu yang tanggung, duit ansuran kereta RM 711 lagi. Macam2 saya jual, produk kecantikan untuk besarkan 2 orang cahaya mata. Untuk itu saya kena buat sesuatu. Saya dah puas menangis, cukup2 lah orang cakap saya perabis duit mak bapak,hidup menumpang,perceraian dgn suami pertama banyak dugaan ujian yg datang, kereta atas nama saya, keluarga pulau kan saya dengan orang pandang hina dah tak larat untuk bersedih..tak kan asyik nak menyusahkan ibu saya. Saya tak boleh buat loan lagi sebab sy tak ada pendapatan tetap dan bebanan bayaran ansuran kereta tapi itu hanyalah SEBAB saya jumpa peluang ni. Alhamdulillah,buat kali pertamanya sy berjaya cipta lebih dari RM35,000 dalam bisnes jenis KUIH TRADITIONAL ni dari kelas bulan Oktober 2015 EN NAJIB padahal bukan waktu perayaan, hanya melalui online sahaja. Duit itulah saya gunakan untuk kos bayar hutang kereta saya. Bayar duit bulanan anak sekolah swasta, besarkan rumah ibu ( renovate ), beli kan ibu perabot dan bahagiakan keluarga.Bagi duit kat ibu,ibu bapa mertua .Membantu suami. Syukur, bisnes ni memberikan sy pendapatan hari2. Hidup sy terurus. Sy ada masa bersama anak2, lihat mereka membesar.Yang paling best sekarang semua ambil staff buat kerja,yg paling bahagia sy dapat berkongsi rezeki dengan mereka. Renovate rumah ibu hasil jualan Dahan Rapuh Saya cukup hiba bilamana kita sebagai anak2 tak dapat penuhi impian ibu. Ibu, Anak-Anak & Suami Adalah BIG WHY saya Alasan kita, tak cukup duit. Ingat tak, mereka tak pernah putus asa cari duit sungguh2 membesarkan kita. Kenapa tidak kita pula bersungguh cari duit untuk mereka? Sebab kita sombong. Kita acuh tak acuh. Kita penuh alasan. Wahai saudaraku, mari kita buangkan segala benda negatif dalam hidup kita, dan kita cipta kejayaan baru untuk diri kita, keluarga kita. Berapa kali pun gagal, janganlah pernah menyerah. Jika sy boleh buat, kenapa tidak pula anda? Carilah mentor. ikutilah dan usaha sungguh2. Rezeki 9/10 dari berniaga. Pasti jaya! Sy kini ada masa bersama org2 tersayang. Suri Rumah berpendapatan RM 20,000 sebulan tu rasa nikmatnya ;)! Org cakap duit tak boleh beli bahagia. Sy tak percaya. Yg sy percaya memang kita perlukan duit utk bahagia. Jgn tipu diri sendiri yg anda tidak mahu duit banyak dan kaya. Sy diberitahu, kes perceraian dan pergolakan rumah tangga sebab utama bukanlah org ketiga,tapi adalah sebab DUIT. Ekonomi rumah tangga yg goyah. Ya duit tak boleh dibawa mati, tp jika takde duit rasa mcm terseksa jiwa nk mati. Dan saya percaya, ini rezeki mahroja. Peluang ni adalah DOA YG SY MINTA HARI2 dr ALLAH. Alhamdulillah, bebas masa dan duit. Pegi sana sini tanpa ada masalah duit. Bukan menunjuk, tapi saje jer nak bakar! Haha, come on..Anda pasti boleh!! NORSYAFIQA BINTI HJ WAGIMAN Pengasas Dahan Rapuh #KisahInspirasi #copydrblog #najidasadok
KisahInspirasi copydrblog najidasadok


No comments:

Post a Comment