Tuesday, 24 January 2017

Power Editor, mungkin anda pernah dengar atau pun belum pernah mendengarnya

Power Editor – suatu alternatif dalam pembinaan/pengurusan iklan FB, Facebook Advertising. Boleh dikatakan, power editor ini adalah khas untuk mereka yang advanced dalam FB Ads marketing. Tapi, tak semestinya jika anda masih baru dengan FB Ads, anda tidak boleh gunakannya. Sebelum anda pergi detail dengan power editor ini, apa kata anda lihat dulu 6 sebab kenapa anda perlu gunakan Power Editor. Dengan power editor, anda boleh; ✎ Menyasarkan iklan anda kepada audiens mengikut lokasi (placement) yang anda mahukan. Anda boleh pilih samada iklan anda dipaparkan di newsfeed mobile, newsfeed desktop ataupun di sidebar desktop. ✎ Memilih jenis caj bagi iklan promoted post pada newsfeed mobile dan newsfeed desktop samada bid CPM, bid CPC amhupun autoCPM. Jika gunakan akaun fb ads biasa, anda hanya boleh gunakan autoCPM sahaja bagi iklan jenis ini (merujuk kepada boost post) ✎ Memilih sasaran audiens yang lebih spesifik, terutamanya berdasarkan precise interest bagi iklan promoted post yang muncul di newsfeed. Jika guna fb ads biasa, pemilihan audiens adalah terhad. ✎ Penggunaan custom audiens, lookalike audiens, saved audiens (ni memang advanced, tapi saya tak dapat nak share dalam artikel ni). Ini antara teknik-teknik penggunaan targetted audiens. ✎ Membina unpublished post atau dark post, yang mana iklan promoted post ni hanya muncul di newsfeed/sidebar audiens, tapi tiada di fanpage anda. ✎ Membina promoted post iklan bagi post lama dengan menggunakan id post tersebut. Ada post lama yang mantop-mantop, anda boleh ambil id nya dan gunakan dalam power editor. Ada banyak lagi kelebihan menggunakan Power Editor ni, tapi yang disenaraikan di atas ni pun dah terbaik.
@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"



No comments:

Post a Comment