Bisnes kita maju, ada saja orang yang dengki. Especially jika kita jual produk yang sama dengan orang lain. Atau kata mudahnya, AGEN JUALAN.Tak kira produk MLM, atau kita sebagai stokis, agen dropship dsbnya... Jom lihat kes-kes yang pernah berlaku: 1) CURI! Orang lihat kita berjaya buat sales banyak, orang akan TIRU cara pemasaran kita. Orang curi gambar marketing kita, orang tiru ayat marketing kita, malah ada juga orang curi senarai pelanggan kita (biasanya nama dan tracking no Pos laju). Mereka claim tu adalah senarai pembeli mereka. Ada juga yang curi testimonial kita..Macam-macam. 2) HIJACK! Orang yang dengki akan masuk ke fanpage kita, dan mereka terus promosikan produk mereka kepada prospek pelanggan kita dengan tawarkan harga yang lebih rendah...Biasanya, mereka akan post di ruangan komen, di ruangan post, atau mereka akan PM prospek-prospek kita. 3) FITNAH. Ya, ada juga yang fitnah bisnes kita. Mereka fitnah di page mereka, fitnah di wall mereka. Ada juga yang mereka-reka cerita palsu yang memburukkan bisnes kita di mata umum. 4) PROVOK! Mereka masuk di page kita, dan kutuk produk kita di ruangan komen. Mereka cakap kita tak bagus, produk tak sampai, mahal, dan sebagainya. TUjuannya supaya orang lain terpengaruh dengan agenda mereka, dan seterusnya menghilangkan atau mengurangkan niat untuk membeli produk kita. 5) HACK! Mereka hack fanpage kita, dan mereka delete fanpage kita selama-lamanya. Fanpage kita yang dah berpuluh ribu LIKE, sales 5 angka sebulan, di hack, dan mereka delete terus page kita. Sangat KEJAM. Boleh diibaratkan melancarkan serangan nuclear pada page kita. Hancur terus page kita! 6) PERANG HARGA! Mereka mula memainkan harga Turunkan harga serendah yang boleh, dengan harapan ramai orang membeli dengan mereka. Secara automatik menimbulkan konflik harga kepada audiens/prospek kita. Itulah antara sebahagian kes yang berlaku di pasaran Malaysia. Puncanya adalah.... PERASAAN HASAD DENGKI... Mereka tak boleh lihat orang lain berjaya. Tak mau orang lebih dari mereka. Kalau boleh SIHIR di dunia online ni, diorang dah sihir dah kita. Jadi - apa yang kita nak buat? 1) Jangan bergantung kepada satu medium marketing sahaja. Yang terbaik, simpan database pelanggan, prospek. Email marketing salah satu cara terbaik. GUnakan juga blog, minisite, web untuk backup 2) Jika boleh, jangan dedahkan income kita kepada umum. Ini berpotensi untuk menarik "musuh" kita dan mula buat dengki dengan kita. 3) Kalau dapat asingkan profile kita dengan page kita, juga bagus. Elakkan musuh tahu siapa pemilik page. Orang yang HACK dapat HACK ke page kita, sebab dia tahu siapa owner page tu. 4) Tingkatkan ilmu dan usaha marketing kita. Bila orang dengki, main harga, provok dsbnya, ilmu dan usaha pemasaran kita akan membantu. Orang guna tektik kotor, kita gandakan pemasaran kita. Apabila pemasaran kita di tahap terbaik, di tahap tertinggi, orang yang dengki ni berpotensi untuk mengalah. 5) BERDOA..Berdoa kepada ALLAH. Tawakkal. Berdoa supay a dihindari dari perasaan hasad dengki manusia. Dan juga sentiasa tenang . ALLAH YANG MENENTUKAN REZEKI KITA, BUKANNYA MUSUH KITA. Jika berlaku kes-kes seperti di atas, anggap ianya ujian ALLAH untuk kita untuk memperbaiki diri. Jangan lupa sedekah, zakat, korban. Ini mampu membantu bisnes kita. Sekian saja dari saya:-) Jemput SHARE jika ianya bermanfaat untuk diri sendiri dan juga kenalan anda. PS - saja share, sebab saya sendiri, anak buah saya , rakan saya, ada yang kena hasil dari sikap HASAD DENGKI orang ni:-)
@ezfesbuk
"FBFanPage&Instagram Manager Service"
No comments:
Post a Comment